Promosi Homestay Anda di SAD

Hantar maklumat sekarang.












Senarai Baru Homestay

Teratak Umi (Perak)
Wahyu H/stay (Kedah)
Teratak Damai (Kedah)
Kbcc service apart.(K/tan)
D'Laila R/House (Melaka)
D'Samarahan H/stay(S'wak)
Selesa homestay (Pahang)
D'Mutiara Homestay (Johor)
G/house Aqilah (Kelantan)
Impiana G/House (Kelantan)
Safiyya G/House (Kelantan)
Aliff Guesthouse(Kelantan)
Norisma Homestay (Kedah)

Sewa Kereta

Kelantan
Alfa Car rental:016-4408910/09-7198910
Hawk Rent A Car:013-7929025
J&W Car Rental:09-7737312/012-9888766
MFE:012-9002937/014-813 6298
Wira car rental:017-9091920
Kereta Pandu Sendiri:019-9776626



Kongsi Pandangan - Perniagaan Homestay.


Homestay adalah satu cara untuk rumah yang tidak dihuni menjana pendapatan. Selain itu rumah tersebut terpelihara dari kerosakan yang berlaku apabila ditinggal terbiar dan tidak diduduki.

Perlu ada sistem yang teratur agar penyewa homestay anda puas hati dan datang menyewa lagi. Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah:

    KEBERSIHAN :
    Pastikan rumah disapu dan dimop setiap kali penghuni check-out atau sebelum check-in jika rumah tiada penyewa terlalu lama. Bukan semua tetamu yang datang boleh mendiamai rumah yang kotor dan tidak terjaga.

    PERALATAN RUMAH :
    Perabut, peralatan dapur, langsir, karpet, tikar, dinding/siling rumah, bilik air mesti bersih, bebas dari habuk dan sawang labah-labah. Jangan sediakan terlalu banyak peralatan dalam rumah jika tidak sempat untuk mencucinya. Lebih baik sediakan yang perlu dan optimum sahaja.

    CADAR/SARUNG BANTAL/SELIMUT :
    Adalah wajib dicuci selepas setiap penghuni menggunakannya. Lebih baik sediakan 3-4 set supaya yang kotor sempat dicuci dan setiap penyewa menggunakan set yang bersih. Tuan rumah patut ada mesin basuh besar 13 kg untuk membasuh. Mesin pengering (dryer) penting untuk mengeringkan kain jika musim hujan tidak membenarkan kain kering dijemuran.

    PERALATAN ELEKTRIK :
    Pastikan berfungsi dan selamat.

    PERALATAN MENCEGAH KEBAKARAN :
    Sediakan pemadam api dan pastikan laluan keluar jelas jika berlaku kebakaran. Pintu yang tersekat, kunci yang rosak, laluan keluar yang terhalang dengan jeriji besi di setiap tingkap dan pintu akan membawa padah dalam kecemasan.

    KEADAAN AM RUMAH :
    Rumah janganlah kelihatan terlalu buruk seperti rumah tinggal. Cat yang lama dan terlalu lusuh perlu diperbaharui. Ganti atau baiki bahagian rumah yang rosak.



Anda sebagai tuan rumah memberikan perkhidmatan dengan imbuhan bayaran dari penyewa. Perkhidmatan yang tidak memuaskan hati dan tidak setimpal dengan upah sudah tentu mengundang masalah dari penyewa.

Mengendalikan homestay atau menyewakan rumah secara rumah tumpangan dianggap sebagai satu cabang perniagaan dan setiap perniagaan tertakluk pada undang-undangnya yang tersendiri. Saya bukan lah pakar dalam perniagaan atau undang-undang tapi berberapa aspek perlu diambil perhatian.

Dapatkan maklumat dari penguasa tempatan seperti Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah samada anda perlukan lesen untuk rumah tumpangan atau lesen papan iklan jika ada.

Samada pemeriksaan oleh Jabatan Bomba perlu atau tidak.

Hubungi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengetahui cara mengistiharkan pendapatan dari sewaan homestay.

Pastikan tidak timbul masalah dari pihak berkuasa agar anda dapat menjalankan perniagan dengan selesa dan aman.

Sila isi borang di sini untuk senaraikan rumah rehat / rumah tamu / homestay anda.